Isu-Isu Perdebatan Sāmkhya-Hindu dan Yogācāra-Buddha Pada Zaman Pra-Islam Melayu

Abstrak
Makalah ini merupakan pensejarahan keilmuan pra-Islam Melayu sekitar kurun 7 -15 bahkan melewati perawalan kurun ke 17. Keberadaan karya-karya pra-Islam Melayu yang tersimpan dalam atau luar negeri hari ini menyakinkan kita bahawa kala tersebut didominasi aliran Sāmkhya-Hindu di samping mendapat tantangan daripada Yogācāra-Buddha. Perdebatan antara Sāmkhya-Hindu dengan Yogācāra-Buddha adalah berkisar pada isu-isu metafizik dan epistemologi di mana corak serta bentuk perdebatan telah dibentangkan makalah ini untuk pengikutan dan penghayatan.